Tuesday, 5 September 2017

3 CARA SEDIAKAN SEDIAKAN ANAK UNTUK UPSR

Post ni saya tulis bila terkenangkan kenangan setahun dulu.Anak sulung saya sedang melalui peperiksaan pertama ,UPSR .
Nak cakap ibu mana tak gentar,ibu mana tak risau.Harapan tinggi menggunung agar anak berjaya.Tapi saya juga risaukan persediaan abang Harith untuk minggu peperiksaan ni

Disini saya kongsikan 3 persediaan penting anak saya ..

1.Persediaan EMOSI paling penting
Saya minta Harith share kan wish list nya untuk UPSR dari awal tahun lagi.Ambik masa 5 minit listkan apa yang dia nak waktu tahun 6 .Dah siap saya minta dia baca dan bagi pada saya dan ayahnya.Kami sama sama baca tapi jangan sesekali kritik dia .Biar nampak mustahil tapi dia tahu ibu dan ayah sokong apa yang dia nak .Saya nak dia rasa konfiden dan yakin !



2.Persedian JASMANI
Saya tahu badan yang sihat amat perlu untuk Harith stay fokus dan selesa belajar.Saya berikan vitamin minda untuk Harith selain dari oren isotonik PERFORMANCE drink .Alhamdulillah anak saya kekal bertenaga walaupun bersekolah sampai petang , sambung pula tuisyen untuk sebelah malam .Selain tumak pun rajinkan diri masak bekal tengah hari untuk anak.Ibu masakkan dengan doa agar dia dapat khasiat sepenuhnya .



3.Persediaan BUKU BUKU LATIHAN + SEMINAR MOTIVASI
Awal tahun lepas , kami berkesempatan untuk hantar Harith join seminar motivasi dari dari Dato' Dr Asmadi .Memang nampak perubahan dari cara belajar.Senang kata Harith belajar teknik Study smart disitu.
Selain itu kami juga bekalkan 2 set buku latihan untuk setiap subjek.Senang nanti untuk membiasakan diri Harith dengan dengan stail peperiksaan.harith kurang minat membaca jadi ibu memang tak belikan buku rujukan tambahan.Biar dia buat latih tubi sahaja..

Apa persediaan anak anak yang lain untuk peperiksaan ? Buleh juga kongsi disini ...