Salam ..
Jumaat lepas ,anak saya balik bermalam dirumah weekend tapi dia bawa surprise ! Dia bawa akhi baru.
Apa dia PROGRAM AKHI tu ?
Program akhi tu di buat oleh Imtiaz Melaka untuk semua pelajar Ting 1 dan 4 yang baru join Imtiaz.Objektif Program adalah untuk merapatkan ukhuwwah antara pelajar dan keluarga.Kiranya macam program abang angkat tapi plus sleepover program sekali.Program pairing sistem ini akan berkekalan sehingga ke akhir tahun
Kiranya Harith dapat saudara angkat la ni.Akhi untuk Harith ni kawan dia dari PJ dan dari dorm dan kelas yang sama.Alhamdulillah.Namanya Asyraf Khan .Baik budi bahasa.Sejuk je mata pandang.
Mak pun eksited sangat anak balik.Macam macam plan .Macam macam menu nak masak.Tetiba rupanya program akhi ni dah ada module sendiri.Anak anak kena lengkapkan aktiviti checklist yang sekolah bagi..
Lagipun Harith dan Asyraf masih dalam program 40 hari ber TAKBIRATUL ULA.Nak tau mengenai takbiratul ula.Klik sini.
Ni cheklist yang sekolah bagi.Kiranya parents kena monitor anak anak sekali


No comments:
Post a Comment